m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayUndi PKR? Fikir dahulu…

Undi PKR? Fikir dahulu…

FB-Ads-1-Week-36-thumb

MENGAMATI sejarah penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakyat terutama anak muda akan tertarik dengan model politik pelbagai kaum yang ditawarkan. Laungan ‘reformasi’ yang di pelopori Anwar Ibrahim pada 1998 masuh popular hingga he hari ini. Namun perkembangan muktahir ini amat mengecewakan dan memalukan ahli dan penyokong parti itu sendiri apabila pemimpin teratas saling ‘membuka pekung didada’ untuk menunjukkan siapa yang lebih kuat dan berkuasa.

 

Sebenarnya tidak ramai yang terkejut apabila pergaduhan terbuka terjadi antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli. Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini terkenal dengan sikap angkuh dan tidak mahu mengalah. Buku bertemu ruas. Namun apa yang menarik adalah pemimpin yang paling tercela daripada peristiwa adalah Anwar sendiri. Bagaimana ini boleh terjadi?

 

Segala-galanya bermula apabila Azmin dan Presiden Wan Azizah Ismail menziarahi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sedang berehat selepas menjalani pembedahan jantung. Tiada siapa mempercayai Azmin yang mengatakan dia hanya berjumpa rakan lama dan apabila diasak, Azmin akhirnya mengaku PKR dalam usaha memujuk PAS untuk menyertai semula Pakatan.

 

Pengakuan itu menimbulkan kemarahan sekumpulan pemimpin PKR kerana jelas Azmin telah membelakangkan persefahaman yang telah dicapai. Mereka yang paling rapat dengan PAN, yang ditubuhkan khusus oleh DAP bagi menggantikan peranan PAS dalam Pakatan, adalah mereka yang paling lantang seperti Saifuddin Nasution, William Leong dan Hishamuddin Rais. Sebagai protes terhadap Azmin, William telah meletak jawatan sebagai ahli biro politik dan tindakan ini telah menjadi “catalyst” kepada satu episod serang menyerang antara Azmin dan Rafizi.

 

Rafizi terus menuduh Azmin membuat keputusan sendiri untuk berunding dengan PAS semata-mata mahu menyelamatkan jawatan Menteri Besar Selangor. Azmin pula memberi alasan rundingan itu bagi mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14 yang bakal memberi manfaat kepada UMNO/BN. Pertembungan kedua itu menjadi lebih hangat apabila kartel Azmin membuat serangan bertubi-tubi terhadap Rafizi; bermula dengan Latheefa Koya yang menuduh Rafizi sebagai ejen pro Umno dalam PKR. Afif Bahardin juga menuduh Rafizi tidak tahu apa-apa kerana sering ponteng mensyuarat Biro Politik.

 

Penyokong Rafizi dan kartel Azmin menggunakan ruang media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk melemparkan pandangan dan tuduhan. Pergaduhan semakin tidak terkawal. Jangan tanya apa yang dilakukan oleh Wan Azizah kerana tiada gunanya, Akhirnya ‘wahyu’ dari Penjara Sungai Buloh turun dengan pengakuan yang sedikit mengejutkan. Anwar mengaku rundingan dengan PAS telah mendapat persetujuannya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14. Dengan kata lain, Anwar menyebelahi Azmin.

 

Namun Rafizi dan kumpulannya enggan mengaku kalah dan menyatakan syak wasangka dengan keaslian mesej serta mendakwa kartel Azmin sering memutar belit kenyataan Anwar. Sikap Rafizi ini kemudian ditegur oleh peguam dan ahli NGO pro Pakatan Ambiga Sreevenasan dan Rafizi membalas dengan mengatakan peguam itu telah menyumbang kepada pelan Langkah Kajang. Akibatya, Latheefa menyerang sekali lagi memanggil Rafizi seorang budak yang memulakan Langkah Kajang tanpa mendapat persetujuan parti. Penasihat Pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengaku PKR bermasaalah.

 

Sehingga kini, pergaduhan dalaman masih hangat dan jalan penyelesaian tidak kelihatan. Semakin hari, semakin banyak pekung PKR yang dibuka yang menarik perhatian rakyat. Krisis kali ini telah membuka ‘rahsia’ PKR antaranya perpecahan besar-besaran sedang berlaku dalam parti itu antara Azmin dan Rafizi. Juga timbul cerita usaha menjatuhkan Azmin oleh kumpulan Rafizi yang disokong oleh Saifuddin, Johari Abdul dan William Leong. Ada juga desas desus yang mengatakan Rafizi adalah ejen Umno dan timbul istilah ‘Geng Ponogoro’ merujuk kepada kumpulan pro-Umno yang diwakili oleh Saifuddin. Uniknya, Saifuddin dan Rafizi pernah menuduh bekas Khalid Ibrahim sebagai ejen UMNO pada 2014. Karma untuk mereka berdua.

 

Apa yang pasti, rentetan pergaduhan ini telah menunjukkan nilai kepimpinan Anwar yang sebenar. Sikap kebudak-budakan anak didiknya seperti Azmin, Rafizi dan Saifudin menunjukkan Anwar bukanlah seorang mentor yang baik. Pengakuannya merestui perbincangan dengan PAS sekaligus membelakangi kata sepakat yang dicapai dalam Pakatan, jelas Anwar hanyalah seorang politikus yang tamakkan kuasa. Anwar cuba ‘makan dua kolam’ atau mengambil kesempatan daripada dua belah pihak iaitu PAS dan Pakatan demi menjayakan cita-cita politiknya. Ia juga mengambarkan seorang banduan yang telah gagal mentadbir sebuah parti politik daripada penjara. Jelas Anwar  dan PKR tidak layak mendapat undi rakyat.

Please follow and like us:

Comments

comments

The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest
The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest