m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayTaktik Terdesak Pembangkang Menjelang PRU14

Taktik Terdesak Pembangkang Menjelang PRU14

Pada Ogos 2016, Perdana Menteri dengan secara lantang menegaskan campur tangan asing dalam persekitaran politik negara perlu ditolak sama sekali. Berucap di Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12 di Jakarta, beliau sendiri memberi amaran campur tangan negara luar hanya membawa kemudaratan besar kepada negara.

Kerana menurut Datuk Seri Najib Razak, campur tangan asing hanya bermodalkan maklumat tidak lengkap, salah dan berat sebelah. Malah mereka turut didorong oleh kumpulan yang membawa agenda politik tertentu yang mahu menjemput pihak luar mencampuri urusan dalam negara.

Jika boleh diterjemahkan, perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku di negara ini dan ia semakin rancak digerakkan menjelang PRU-14. Dihuraikan dalam tiga teori strategik, taktik helah yang digunakan pembangkang tidak lebih kurang berupa serangan yang hampir serupa, dan oportunis, tetapi cukup terdesak.

Taktik 1: Guna NGO dan Ahli Politik Luar

Pertama, teori strategi helah menggunakan NGO-NGO dan ahli politik asing sebagai konspirasi menjatuhkan kerajaan. Pada 2011 (beberapa bulan sebelum PRN Sarawak, PRU13), portal berita Sarawak Report melancarkan serangan berbentuk tuduhan berat sebelah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tun Taib Mahmud, keluarga dan empayar kekayaan mereka.

Antara lain laporan yang disiarkan SR termasuklah mengaitkan nama Taib Mahmud dengan dakwaan simpanan asetnya ke dalam akuan bank di Switzerland. Malah, beberapa NGO seperti Yayasan Bruno Manser (BMF) mendesak pihak berkuasa untuk menangkap Taib Mahmud dan keluarganya atas dakwaan rasuah dan salah guna jawatan awam.

BMF kemudian mengheret kes berkenaan ke mahkamah Switzerland dan ahli parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga mendesak supaya aset Taib Mahmud dibekukan. Namun apa kaitan SR, BMF dan Carlo Sommaruga antara satu sama lain?

BMF merupakan pembiaya utama SR yang ditugaskan untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Manakala Carlo Sommaruga didakwa menjalin hubungan rapat dengan beberapa MP pembangkang di negara ini. Sebab itu, seolah-olah ada rantaian hubungan antara ketiga-tiga mereka, bila mana dikaitkan dengan kes mahkamah Switzerland dan pemimpin Malaysia.

Namun selepas hampir 2 tahun (lebih tepat selepas PRU-13), kerajaan Switzerland memutuskan siasatan ke atas dakwaan terhadap Taib Mahmud tidak dapat dilakukan. Ini memandangkan tiada aset milik Taib dan keluarganya di dalam akaun bank Switzerland seperti yang didakwa, kerana pengeluarannya telah dibuat pada 1999.

Sumber – http://www.freemalaysiatoday.com/

Senarionya kini hampir sama. Apa yang berlaku sebelum PRU-13, kini corak serangan juga sama digunakan apabila menjelang PRU14. Carlo Sommaruga sekali lagi namanya disebut-sebut selepas mendesak Parlimen Switzerland supaya duit yang kononnya berkait dengan 1MDB dipulangkan ke Malaysia. Perkara ini disokong beberapa NGO termasuk BMF, Bersih 2.0 dan C4.

Malah Lim Kit Siang dan Wan Azizah dengan rasa tidak malu telah menghantar surat kepada parlimen Switzerland supaya usul itu dibahaskan. Namun, usul itu telah ditolak dan tewas dari segi undian untuk dibahaskan di parlimen negara berkenaan.

Taktik 2: Dakwaan Manipulasi Pilihan Raya

Gagal helah pertama, pembangkang dilihat cuba guna pakai teori strategi berikutnya. Kali ini mereka mendakwa sistem pilihan raya dimanipulasi dan keputusan telah dipalsukan. Jika pada PRU-12, isu penggunaan dakwat kekal dibangkitkan, sebaliknya PRU-13 mereka mencipta satu tuduhan yang tidak masuk akal. Tuduhannya – 40,000 rakyat Bangladesh telah mengundi pada PRU-13.

Untuk menjayakan tuduhan ini, pembangkang yang ketika itu dikepalai oleh Anwar Ibrahim telah membuat kajian kononnya SPR telah mendaftar pengundi asing untuk memenangkan pihak tertentu. Malah pembangkang turut membuat congak-congak mereka sendiri berhubung kekerapan penerbangan dan tempahan pesawat khas untuk membawa warga asing mengundi di negara ini.

Dalam satu perhimpunan yang diadakan di Kelana Jaya beberapa hari selepas PRU13, Anwar dalam nada yang marah mendakwa BN telah menipu dan ‘membeli’ undi dari orang Bangladesh, Filipina dan Indonesia untuk mengundi.

Sumber – https://www.thestar.com.my/

Namun, empat bulan kemudian, kajian dan siasatan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) mendapati tiada ‘pengundi asing’ dikesan seperti yang didakwa pembangkang. Malah insiden ‘blackout’ yang digembar-gembur sebenarnya pun tidak berlaku.

Dua bulan selepas itu, di lobi parlimen – Anwar dikecam hebat kerana dilihat membuat pusiangan ‘U’ dengan memberitahu mereka tidak pernah menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada PRU13 lalu, tetapi kononnya kenyataannya telah diputar belit oleh blogger.

Menjelang PRU-14, dakwaan ‘pengundi hantu’ dan ‘pengundi asing’ sekali lagi kedengaran. Mahathir pula menuduh lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan supaya boleh mengundi. Beberapa hari sebelum itu, Mahathir turut menuduh BN bercadang memberi kad pengenalan kepada 5,000 warga asing di setiap kerusi marginal.

Namun ‘andaian jahat’ itu dijawab sinis oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid yang berbunyi: “Mungkin beliau pernah melakukannya (Projek IC Sabah), tetapi kita tidak ambil langkah-langkah silap yang pernah dilakukan beliau dan jangan menuduh apa yang beliau lakukan akan dilakukan oleh saya.”

Taktik 3: Andaian Pilihan Raya Terakhir

Setelah dua strategi helah dilancarkan, kini pembangkang memberi tumpuan sepenuhnya kepada strategi yang terakhir – iaitu dengan mendakwa pilihan raya akan datang sebagai yang terakhir di negara ini, jika keputusan memihak BN. Amaran itu keluar dari mulut Mahathir.

Sumber – https://www.malaysiakini.com/

Pengerusi PH itu mendakwa PM Najib akan menghapuskan semua sistem pemilihan dan menggunakan sistemnya sendiri. Bahkan, pemimpin berusia 93 tahun itu cukup berani bermain andaian bahawa kerajaan bakal menukar Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan sistem pilihan raya sedia ada.

Perkara sama turut ditekankan oleh pemimpin veteran DAP, Kit Siang yang sama membuat ‘tuduhan peribadi’ dengan mengatakan rakyat Malaysia boleh melupakan PRU ke-15 dan pilihan raya berikutnya jika BN berjaya memperoleh majoriti dua pertiga Parlimen.

Jika dibuat perbandingan pada PRU-13, nampaknya taktik ini dillihat sesuatu yang terbaharu. Dan tidaklah keterlaluan, dakwaan pilihan raya ‘terakhir’ (jika BN menang) itu sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu serangan penularkan berita palsu, dengan niat semata-mata menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat, selain memberi tanggapan buruk terhadap kerajaan sedia ada.

Sejak 1990-an hinggalah sekarang, pembangkang juga sebelum ini pernah mendakwa setiap kali pilihan raya diadakan ia adalah paling kotor dalam sejarah. Cumanya kali ini, dakwaan dan andaian jahat terhadap sistem pilihan raya ‘diserikan’ dengan dakwaan berita palsu pilihan raya ‘terakhir’ oleh pembangkang.

Memandangkan sejak beberapa tahun kebelakang ini pembangkang bergantung semata-mata kepada sosial media untuk berkempen, jadi berita palsu yang ditularkan pembangkang semakin hari semakin menjadi-jadi. Seperti juga teori strategi dan taktik helah terdesak pembangkang (termasuk berita palsu) walaupun bukan baharu tetapi tetap dikitar semula, apatah lagi menjelang pilihan raya akan datang!

Comments

comments

Please follow and like us:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest
    %d bloggers like this:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest