m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayMencari Islam Mahathir Bersama DAP

Mencari Islam Mahathir Bersama DAP

Persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad serta komitmennya dalam memartabatkan Islam bukanlah satu perkara baharu. Topik itu sering menjadi perbualan rakyat dan pemerhati politik sepanjang beliau menjalan tugas sebagai Perdana Menteri (PM) selama 22 tahun. Dan terkini, apabila mengetuai pasukan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14), topik itu masih relevan.

 

Ini adalah kerana di awal penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir menyebut bahawa parti itu tidak jauh bezanya dengan Umno, yakni akan terus mempertahankan kaum Melayu dan Bumiputera serta kekal mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Namun hampir dua tahun berlalu, PPBM, selaku rakan kongsi Pakatan Harapan (PH) bersama DAP, PKR dan Parti Amanah Rakyat (PAN) masih tidak pun menonjolkan agenda Melayu-Islam. Parti itu juga seperti takut-takut membuat keputusan tanpa restu DAP, baik berkenaan parti itu sendiri atau pun yang melibatkan kepentingan PH. Jika perkara sebegini pun menunggu lampu hijau dari parti anak beranak Lim, bagaimanakah Mahathir akan membawa agenda Melayu-Islam? Apakah apabila kembali menjadi PM buat kali kedua kelak, Mahathir akan meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya?

 

Persoalan di atas sebenar sudah ada jawapan. Rekod selama 22 tahun sebagai PM sudah lebih daripada cukup untuk membuat penilaian yang objektif. Umum mengetahui peristiwa berdarah lebih 32 tahun dahulu di Kampung Memali, Kedah yang mengorbankan 14 orang penduduk termasuk pemimpin PAS Ibrahim Libya. Pada 2002, Mahathir telah memberhentikan bantuan perkapita kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) kononnya kerana mereka tidak mengajar agama yang betul. Keputusannya ini telah menyebabkan ratusan sekolah agama terpaksa ditutup serta guru agama kehilangan pekerjaan.

 

Penolakan Mahathir kepada hukum hudud juga amat konsisten sehingga ke hari ini dengan alasan beliau tidak bersetuju dengan “hudud PAS”. Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada Mahathir ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

 

Satu lagi batu pengukur kepada sikap sebenar Mahathir terhadap Islam adalah kenyataannya yang buat terhadap pemimpin PAS terutama mereka dari kalangan Ulama’ juga boleh dijadikan pengukur sikap sebenarnya kepada Islam. Nik Aziz, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, serta Allahyarham Datuk Dr Harun Din semua ditempelak dan tidak betul dikaca mata Mahathir walaupun ketiga-tiganya merupakan tokoh agama Islam yang disegani. Dr Haron Din pernah menggelarkan Mahathir “golongan muktazilah” iaitu mereka mengutamakan akal dalam tindakan dan sanggup mengenepikan ayat Al-Quran, Al-Hadith dan pandangan ulama. Dalam menyerang PAS juga, Mahathir sanggup mempertikaikan beberapa hadith dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

 

Menyingkap kelonggaran Islam dalam diri Mahathir juga dilihat dengan pengakuan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkenaan perihal dirinya untuk bertudung. Hasmah memberitahu keinginannya itu dilarang Mahathir bahkan dengan memberi isyarat ‘memalingkan muka’ apabila melihat isterinya bertudung. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Maka kepimpinan menerusi Islam seharusnya dimulakan melalui keluarganya terlebih dahulu.

 

“Sedangkan ini adalah perkara asas bagi mana-mana pemimpin. Hari ini kita boleh lihat rata-rata pemimpin wanita beragama Islam bertudung, jika tidak (bertudung) pun segelintir. Apabila Hasmah menyatakan dirinya tidak dibenarkan, ia (kesan) besar kepada orang Islam. Akhirnya menimbulkan polemic, persepsi dan pandangan terhadap agama Islam yang sebenar.

 

“Mahathir bukan pilihan terbaik jika Malaysia benar-benar hendak memperkasa Islam. Beliau tidak mesra Islam, tidak faham Islam dalam konteks yang betul,” demikian memetik kenyataan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat.

 

Bukan sahaja Hasmah, kehidupan anak-anak Mahathir juga diperhatikan – bagi mengaitkan komitmennya terhadap Islam. Marina Mahathir didakwa aktif mempromosikan gaya hidup bebas “Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender” (LGBT) malah lantang mengkritik dasar-dasar Islam menerusi platform NGO. Mukhriz juga digambarkan kaki foya-foya.

 

Meneliti perbincangan diatas, tidak keterlaluan untuk kita merumuskan bahawa pentadbiran dan budi bicara Mahathir bukan sahaja akan mencabar kedudukan Islam serta institusi yang terlibat, malah pihak yang mempertahankannya juga telah dan akan terus diperlekeh.  Kelantangan dan kritikan Mahathir terhadap dasar Islam telah dapat dibaca dan ciri-ciri inilah sebenarnya digemari DAP kerana sekaligus boleh memenuhi agenda anti-Islam mereka selama ini.

Ketika Mahathir sibuk bergandingan bersama DAP, rakyat melihat perkembangan baharu diantara UMNO dan PAS memilih untuk berdamai demi kepentingan bangsa dan agama tanpa mengorbankan ideologi politik masing-masing. Kita dapat perhatikan PM Datuk Seri Najib Razak serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempamerkan sikap politik matang yang dinantikan selama ini oleh rakyat Malaysia terutama dikalangan masyarakat Melayu. Tiada lagi tuduhan kafir-mengkafir seperti berlaku dalam PRU yang lepas-lepas.

 

Justeru itu, apakah Mahathir orang yang paling layak meletakkan Islam bersesuaian dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan’? Tepuk dada, tanya selera.

Comments

comments

Please follow and like us:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest
    %d bloggers like this:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest