m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayManifesto Mana Pilihan Rakyat?

Manifesto Mana Pilihan Rakyat?

Menuju selekoh akhir menjelang tarikh keramat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), rakyatlah yang menjadi penentu buat parti atau pihak mana yang layak berkhidmat dalam tempoh 5 tahun yang berikutnya. Suka atau tidak, gabungan parti politik yang berhasrat untuk bertanding PRU14 perlu tunduk dan akur, malah ada yang mungkin tersungkur melayan kerenah rakyat.

 

Lima tahun sekali rakyat diberi peluang untuk meneliti, menilai dan membuat perbandingan segala usaha keras Yang Berhormat dan siapa yang gagal memberi khidmat efektif kepada rakyat akan ditolak. Jadi masing-masing berlumba-lumba mahu membuktikan “kamilah yang sepatutnya dipilih oleh rakyat”, menerusi akujanji pilihan raya, atau manifesto.

 

Sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 9 Mei sebagai hari membuang undi PRU14, kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Harapan (Pakatan) telah pun melancarkan manifesto masing-masing. Terdengar pelbagai gelaran seperti “moneyfesto” atau “dedak” untuk memberi persepsi negatif. Namun apa pun momokan yang diberi, rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membuat perbandingan objektif sebelum mengundi kelak.

 

Aras tanda kepercayaan

 

Jika membuat perbandingan kepercayaan adalah amat wajar untuk mengambil selangkah kebelakang untuk melihat prestasi berdasarkan manifesto yang lepas sebagai aras tanda. Walaupun diasak teruk oleh pembangkang berkenaan pelbagai isu termasuk isu 1MDB, tiada siapa boleh menafikan kenyataan Presiden BN, Dato’ Seri Najib Razak bahawa BN telah menepati 97.6% daripada kandungan manifesto PRU13.

 

Manakala Pakatan, rekod menunjukkan pencapaian mereka sedikit berbeza apabila meneliti janji-janji yang dibuat melalui manifesto Buku Jingga pada PRU13. Walaupun mempunyai kuasa yang terhad di peringkat negeri Pakatan sekurang-kurangnya dilihat berusaha untuk menunaikan manifesto tetapi itu tidak berlaku. Contohnya, janji memansuhkan tol di mana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Azmin Ali tidak pernah memulakan perundingan untuk menghapuskan tol di negeri masing-masing.

 

Berbalik kepada manifesto PRU14, Presiden BN Dato’ Seri Najib Razak telah melancarkan manifesto pada Sabtu lepas dan mengumumkan 364 inisiatif di bawah 14 teras utama; manakala Pakatan menawarkan 60 akujanji menerusi 10 perkara utama dalam tempoh 5 tahun mendatang.

 

Bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku”, naskah manifesto BN PRU14 setebal 220 muka surat menyentuh keperluan dan kehendak segenap strata masyarakat dari utara Semenanjung Malaysia sehinggalah ke negeri di bawah bayu atas dasar ‘no one is left behind’.

 

Tetapi untuk Pakatan manifesto bertajuk “Membina Negara, Memenuhi Harapan” meletakkan keutamaan kepada keperluan untuk ‘menang pilihan raya’ kerana kerana hampir semua akujanji manifesto telah diolah mengikut isu semasa. Kebanyakannya juga telah dikitar semula daripada Buku Jingga termasuklah akujanji yang gagal dipenuhi seperti pemansuhan tol dan pembinaan rumah mampu milik.

 

Jadi ianya bukanlah sesuatu mengejutkan apabila selepas 17 hari manifesto Pakatan dibentang, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan U. Menerusi satu wawancara bersama The Sunday Times dari Singapura, bekas Perdana Menteri dipetik sebagai berkata “ada ketika kita tidak mungkin mampu memenuhi segala janji yang ditawarkan dalam manifesto tersebut”.

Keperluan atau kemenangan

 

Perbandingan dari segi nilai signifikan dan betapa pentingnya dokumen akujanji bagi kedua-dua gabungan politik tersebut kepada rakyat juga jauh berbeza. Dokumen manifesto BN dipersembahkan dengan simbol satu “wheel” dan 14 “blade yang merujuk kepada sebuah kerajaan pusat yang menaungi 14 buah negeri.

 

Dari segi signifikan aturan akujanji, BN meletakkan keperluan kaum ibu dan wanita sebagai mukadimah manifesto. Kerana bagi kerajaan yang memerintah, golongan yang disebut sebagai ‘ratu hati negaraku’ itu perlu diletakkan di kedudukan yang tinggi. Sebab itu, inisiatif untuk wanita termasuk penubuhan Majlis Ekonomi Wanita, Pusat Transformasi Usahawn (PASARNITA) dan 30% keanggotaan Dewan Negara.

 

Manakala Pakatan tetap mahu menjanjikan penghapusan GST sebagai keutamaan, meskipun ianya dikritik sebaga janji populis kerana jika dilaksanakan ia akan membawa kepada negara defisit dalam tahun-tahun akan datang. Malah pengurusan kanan Bank Dunia juga mempersoalkan bagaimana Pakatan akan menampung kehilangan pendapatan RM20 bilion akibat pemansuhan GST.

 

Untuk perumahan, BN menawarkan satu agensi perumahan negara di bawah satu bumbung untuk mengendalikan program perumahan seluruh negara. Tetapi Pakatan pula menjanjikan 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh dua penggal, sedangkan usaha ini telah berjaya dilaksanakan oleh BN.

 

Inisiatif peluang pekerjaan pula menyaksikan BN berikrar untuk mewujudkan 3 juta pekerjaan berbanding PH hanya 1 juta. Untuk ekonomi keperluan rakyat, BN dan PH selari mahu menaikkan gaji pada paras minimum RM 1,500. Tetapi BN lebih menonjol dengan inisiatif tambahan seperti menubuhkan sistem maklumat bantuan untuk memastikan rakyat dalam linkungan B40 tidak tercicir daripada program bantuan serta Pas Pengangkutan Awam TN50 untuk OKU, warga emas dan belia bekerja.

Agenda Melayu Bumiputera Dan Agama Islam

 

Meskipun ada diselitkan agenda Melayu dan Bumiputera dalam manifesto Pakatan, namun musykil dan ragu-ragu timbul memandangkan DAP masih berpegang kukuh pada prinsip Malaysian Malaysia yang sebelum ini dianggap bertentangan dengan agenda Melayu kerana perjuangan prinsip kesamarataan mereka. Begitu juga dengan keraguan agenda Islam dalam manifesto Pakatan.

 

Sebaliknya, BN komited meneruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional. Pada masa yang sama berusaha meninggikan kesyumulan syiar Islam melalui inisiatif termasuk penubuhan Universiti Al-Quran, melahirkan 125,000 huffaz professional selain penubuhan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0.

 

Lain-lain inisiatif dalam akujanji BN dilihat lebih baik berbanding Pakatan termasuklah inisiatif berkaitan FELDA seperti pelupusan hutang FGV, pemberian insentif khas dan pengwujudan geran khas bagi penanaman semula. Selain itu, BN mahu mewujudkan Select Committee di Parlimen dan kaedah melayan petisyen awam sebagai langkah good governance di negara ini.

 

Walaupun pembangkang pernah menyelar pemberian BR1M sebagai rasuah atau dedak, namun pembangkang akur untuk mengikut jejak BN bagi meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat. Manakala BN terus yakin dengan keberkesanan BR1M dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup meninggi dengan janji untuk menggandakan bantuan BR1M di samping kategori penerimanya juga diperluaskan.

 

Antara track record dan populis

 

Perbezaan yang paling ketara pastinya terletak kepada pengkhususan yang telah diberikan oleh BN kepada warga belia yang disebut sebagai pewaris Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pelbagai beberapa inisiatif termasuk menyediakan peluang pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar bagi belia bawah 30 tahun serta mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan.

 

Perbandingan demi perbandingan boleh diteruskan tetapi ianya akan menemui rumusan yang sama iaitu manifesto BN lebih komprehensif manakala Pakatan hanya menjual “harapan” yang belum tentu dapat dilaksanakan. Sudahya, bagi pembangkang seboleh-bolehnya apa yang ditawarkan ialah janji populis dalam usaha memancing undi.

 

Namun buat BN, berdasarkan track record, mandat dan tanggungjawab yang digalas sejak 1955 – manifesto PRU14 kali ini bukanlah sekadar janji pilihan raya. Sebaliknya merupakan dokumen perlaksanaan dan pelan tindakan dalam perjalanan menuju ke arah status Malaysia Baharu.

Comments

comments

Please follow and like us:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest
    %d bloggers like this:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest