m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayGolongan belia terlalu “geli” untuk mengundi?

Golongan belia terlalu “geli” untuk mengundi?

Terus terang, saya geli dengan politik hari ini. Kadang-kadang saya rasa tidak mahu langsung ambil kisah atau membaca berita, waima di surat khabar atau online. Lebih rimas media sosial seperti Facebook dan Twitter juga dipenuhi dengan “rakan-rakan” yang berkongsi pautan berita politik disusuli dengan ulasan “syok sendiri”, pendapat yang mereka rasa “paling betul” dan bermacam lagi.

 

“Kegelian” saya semakin memuncak dengan perbincangan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika mereka menang PRU14. Akhirnya, tawaran kepada rakyat adalah seorang calon berusia 92 tahun, yang dahulu pernah menjadi PM selama 22 tahun.

 

Saya bukan menolak Tun Dr Mahathir Mohamed kerana pilihan haluan kirinya. Cuma saya merasakan Malaysia mempunyai lebih ramai calon-calon yang lebih layak (dan lebih muda) untuk jawatan itu. Tapi tidak juga saya berkenan kepda Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk ke posisi itu.

 

Bercakap tentang Anwar, pemenjaraan ahli politik yang pernah digelar “Pejuang Reformasi 1998” akan berakhir pada awal Jun nanti. Dalam masa tiga bulan ini juga, rakyat ghairah menunggu jawapan kepada teka-teki tarikh PRU14. Adakah Anwar akan sempat berkempen bersama pembangkang? “Bodoh”lah jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengadakan pilihanraya selepas Jun kerana kehadiran Anwar pastinya akan membuat “kacau”. Apabila kekacauan berlaku, pelbagai cerita telanjang atau selak kain akan dibongkar, digeledah dan dipamerkan kepada umum.

 

Sebenarnya strategi kempen politik “dalam kain” sebegini sudak lapuk dan tidak langsung menarik perhatian pengundi terutama golongan muda. Patutlah sejumlah 3.6 juta orang golongan muda yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi. Bilangan ini cukup tinggi dan orang-orang inilah yang sebenarnya dapat membantu kemenangan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan baru bagi tempoh akan datang. Saya sendiri mempunyai ramai ramai kenalan yang belum mendaftar. Bukannya mereka mahu mengelak tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, cuma mereka tidak tahu siapa yang patut dipilih. Ini berkaitan dengan “kegelian” yang saya sebut tadi.

 

Adegan orang-orang berumur berdrama berebut jawatan, kerusi atas kepentingan peribadi agak menjengkelkan. Begitu juga adegan mengutuk parti lawan sedangkan parti sendiri pun tidak berapa bagus. Ahli politik yang suka mengadu domba dan menghasut juga agak meletihkan.

 

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 5 juta pengundi muda yang layak mengundi pada PRU akan datang. Jumlah ini adalah kepada 34% keseluruhan pengundi di Malaysia. Saya pasti mereka juga merasakan “kegelian” yang saya alami. Mana tidaknya, lihatlah bagaimana kempen #undirosak begitu senang mendapat tempat dikalangan pengundi muda. Mereka jelas bosan dengan persekitaran politik semasa. Mereka layak mengundi serta punyai hak untuk memilih, namun kerana hampa dengan pilihan yang diberi; justeru memilih untuk merosakkan undi. Jadi siapakah yang akan berjaya “tackle” undi golongan muda untuk PRU14? BN atau Pakatan? Atau adakah bilangan undi rosak akan meningkat secara mendadak nanti?

 

Apabila bercakap tentang golongan muda dan pilihan raya, suka saya ingatkan kemenangan bergaya Barack Obama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun 2008. Kempen Obama dari awal bertumpu untuk memancing undi golongan muda. Selain isu dan polisi, strategi komunikasinya juga menggunakan teknologi maklumat terkini untuk mendekati golongan muda. Hasilnya beliau telah memenangi 12 juta pengundi muda dari pelbagai status, kaum dan agama.

 

Jadi apakah kempen yang sesuai diguna kepada pengundi muda di Malaysia? Pastinya kami lebih gemar membincangkan isu polisi, dasar dan manfaat yang golongan ini perolehi seperti permasalahan kos sara hidup, peluang pekerjaan, pemilikan aset, kemudahan membayar hutang pendidikan dan strategi simpanan masa depan. Perbincangan mestilah terperinci dan berpijak di bumi yang nyata – bukan sekadar manifesto atau janji-janji “syok sendiri” kerana golongan muda bukan bodoh.

 

Manifesto Pakatan yang diumum 8 Mac lalu juga gagal menarik perhatian anak muda. Tawaran-tawaran yang dibuat bukannya baharu tetapi hanyalah tayangan semula janji-janji lama pembangkang dalam PRU yang lepas-lepas. Lebih mengecewakan tawaran-tawaran seperti pemansuhan GST dan pemberian subsidi petrol tidak disertai degan implikasi kewangan. Jadi adakah anak-anak muda akan “termakan” dengan janji manis semata? Sudah pasti tidak. Satu lagi isu yang amat penting bagi kami adalah PTPTN. Dahulunya Pakatan mahu memansuhkan bayaran PTPTN, tetapi mengapa kini ia ditukarkan kepada penangguhan? Dimanakah kredibiliti pembangkang yang sering diuar-uarkan?

 

Bercakap tentang kredibiliti, satu lagi perkara yang amat penting untuk anak muda adalah kredibiliti calon kerana kami gemar meletakkan harapan kepada calon yang boleh memberi insipirasi. Masalah hari ini yang sedang kami hadapi mungkin tidak sama dengan apa yang ibubapa kami lalui 30 atau 40 tahun dahulu. Separate kata Dr Sarah Chinnasamy, penganalisis politik UiTM, pengundi muda tidak meletakkan sokongan berdasarkan sentimen politik kepartian yang selalunya diamalkan oleh kebanyakan pengundi dewasa.

 

Jadi berbalik kepada persoalan apa yang pengundi muda mahu? Yang kami mahukan adalah pemimpin muda tetapi matang, bijak tapi tidak berlagak, jujur tetapi tidak lurus. Kami mahu pemimpin yang mampu mentadbir negara dengan telus, amanah, bertanggungjawab dan berwawasan. Kepada calon PM yang berumur 92 tahun yang mahu diberi peluang sekali lagi setelah 22 tahun merosakkan sistem pentadbiran Malaysia, saya mohon maaf. Anda tidak termasuk dalam kriteria-kriteria tersebut.

Comments

comments

Please follow and like us:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest
    %d bloggers like this:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest