m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayDasar Luar Najib bawa manfaat kepada Malaysia

Dasar Luar Najib bawa manfaat kepada Malaysia

FB-Ads-2-Week-38-thumb

Dasar aman, bebas dn berkecuali yang dipraktikkan Malaysia sejak merdeka bukan setakat berjaya memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ASEAN, malah memajukan ekonominya yang bergantung kepada pertanian dan perlombongan bijih timah yang kemudiannya bertambah maju dengan berasaskan perindustrian.

 

Memang mudah jika kita sekadar menjadi rakyat yang hanya pandai mengkritik dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh BN tanpa mahu memberikan idea bagi membantu kemajuan ekonomi negara.

 

Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencapai kejayaan dalam pembangunan ekonomi hasil daripada dasar luar yang menguntungkan rakyat dan negara keseluruhannya.

 

Yang terbaru, Najib memenuhi jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 12 September lalu. Dasar luar Malaysia dengan AS yang sentiasa berada pada tahap terbaik membolehkan AS menjadi rakan dagangan ketiga terbesar di Malaysia selepas China dan Singapura. Pada 2016, Malaysia adalah rakan dagangan ke-18 terbesar bagi AS.

 

Mengikut data United States Census Bureau pada 2016, jumlah dagangan barangan AS ke Malaysia adalah AS$11,831.9 juta berbanding eksport Malaysia ke AS AS$36,630 juta, iaitu lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia AS$24,798.1 juta.

 

Kejayaan lawatan kerja itu membuktikan segala tohmahan pembangkang, terutama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya Najib tidak diundang bertemu Trump, hanyalah permainan politik murahan pembangkang.

 

Sudah acap kali Najib menegaskan, Malaysia akan terus menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia terutama AS, China, Jepun, India, Arab Saudi dan Eropah yang membolehkan kemasukan FDI ke Malaysia meningkat secara purata RM36 bilion setahun.

 

Kini China menjadi pelabur terbesar di Malaysia membabitkan pelbagai sektor, termasuk pengilangan, perkhidmatan, pelabuhan, kereta api, hartanah, pembinaan dan tenaga.

 

Oleh itu, tindakan pembangkang menuduh kononnya kemasukan FDI dari China akan menyebabkan Malaysia tergadai sememangnya tidak masuk akal kerana negara itu adalah ekonomi kedua terbesar dunia.

 

Selain itu, kemasukan FDI dari negara ASEAN ke Malaysia pada 2016 berjumlah RM8.6 bilion, sekali gus menjadikan negara ini penerima keempat terbesar pelaburan FDI antara negara ASEAN.

 

Dasar luar Kerajaan BN yang progresif dan dinamik juga membolehkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) antara 2009 hingga 2016 meningkat hampir 50 peratus, selain inflasi dan pengangguran kekal rendah.

 

Selain itu, berdasarkan paras siling semasa pendapatan terkini Bank Dunia sebanyak AS$12,235, Malaysia juga sudah mengecilkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 19 peratus, dengan 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, mewakili 69 peratus daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.

 

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pada baru-baru ini menyemak semula unjuran mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus, manakala Morgan Stanley kini meletakkan pertumbuhan itu kepada lima peratus dan unjuran Nomura pula ialah ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ini.

 

Rakyat juga harus memahami bahawa selain aspek ekonomi, aspek geopolitik dan keselamatan juga menjadi keutamaan Kerajaan BN bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera.

 

Dengan mempraktikkan dasar luar yang positif, Najib mampu mengendalikan rundingan dengan pelbagai pihak bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa membawa keluar mayat mangsa nahas MH17 daripada lokasi tragedi di timur sempadan Ukraine-Russia dengan selamat pada Julai 2014.

 

Pada 22 Julai 2014, Najib menghubungi pemimpin pemisah pro-Russia, Alexander Borodai dan mencapai tiga persetujuan termasuk mendapatkan dua kotak hitam serta membawa keluar mayat mangsa, selain jaminan keselamatan ke atas pasukan penyiasat antarabangsa di lokasi pesawat MH17 terhempas.

 

Bukan mudah untuk berurusan dengan pemimpin kumpulan bersenjata seperti Alexander Borodai tetapi Najib sanggup berkorban bagi memastikan kotak hitam itu berjaya diperoleh tanpa menggadaikan nyawa pasukan penyiasat antarabangsa.

 

Jelaslah, pemimpin BN tidak seburuk yang ditohmah oleh pembangkang. Sebaliknya, dengan kebijaksanaan dan perancangan dasar luar negara yang praktikal, Kerajaan BN berjaya membawa kemakmuran ekonomi dan hubungan diplomatik yang disenangi negara asing.

 

Please follow and like us:

Comments

comments

The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest
The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest