m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayAzmin antara MB, Presiden dan calon PM

Azmin antara MB, Presiden dan calon PM

FB-Ads-2-27th-Week-Thumb

Politik Pakatan Harapan (PH) semakin menarik sejak akhir-akhir. Tetapi ia bukanlah perhatian yang dialu-alukan kerana yang menjadi bualan orang ramai adalah krisis kepimpinan yang dihadapi mereka. Setiap hari rakyat menyaksikan watak-watak pimpinan PH bertelagah dan menyerang sesama sendiri sehinggakan penyokong mereka pun sudah ragu-ragu.


Walaupun semua parti dalam PH menghadapi masalah, “the man of the hour” untuk Pakatan kali ini adalah Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Azmin Ali yang sedang meniti bibir pemerhati politik Malaysia kerana begitu berani memulakan langkah mencabar kedudukan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR.

Ketika isu calon Perdana Menteri (PM) Pakatan dibincang, kartel Azmin sibuk menjaja bahawa Timbalan Presiden juga layak menjadi calon PM. Kononnya Azmin, yang juga Timbalan


Presiden PKR, memiliki kemampuan ‘luar biasa’ kerana berjaya menyatukan PAS dan DAP untuk kekal bersama dalam pentadbiran negeri Selangor. Kata mereka kejayaan ini mengatasi prestasi Mahathir dan Muhyiddin yang gagal memujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai Pakatan. Tapi dakwaan ini agak lucu, kerana umum tahu PAS kekal di Selangor bukan kerana Azmin tetapi mahu melindungi kepentingan mereka di Selangor.


Sebagai seorang pentadbir, Azmin gagal menandingi kecermelangan Tan Sri Khalid Ibrahim. Percubaan menggantikan tema “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang terkenal ketika zaman Khalid cuba diganti dengan “Smart Selangor” yang gagal mendapat perhatian rakyat Selangor. Selain Skim Kesihatan Peduli Rakyat, tiada program lain yang telah dibuat. Azmin lebih pandai berbelanja rizab yang dikumpul oleh Khalid yang sentiasa memastikan bajet Selangor berimbang. Semasa Khalid meninggalkan Selangor, rizab Selangor adalah RM3.2billion tetapi sekarang Azmin merahsiakan nilai rizab.


Namun, pengalaman dan kelicikan Azmin berpolitik memang diakui hebat. Beliau sangat pandai menggunakan sumber pendapatan kerajaan negeri untuk memberinya “advantage” meraih sokongan akar umbi PKR dan juga peringkat pimpinan.Pelbagai jawatan telah direka untuk pelbagai pelantikan. Contohnya, untuk menarik sokongan puak sastera dia telah melantik Khalid Jaafar sebagai penulis ucapan. Untuk puak ABIM, Mohd Nur Manutty dijadikan adalah penasihat agama MB.


Akibatnya Wan Azizah terkial-kial cuba menepis pengaruh Azmin yang semakin kuat dalam PKR. Pemimpin lain seperti Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli seolah tidak relevan lagi kepada ahli parti. Terdesak, Nurul Izzah terpaksa terbang ke London mengemis bantuan daripada Mahathir untuk menyekat kemaraan Azmin. Ramai kumpulan asal Reformasi PKR sangat kecewa dengan perbuatan Izzah; apatah lagi apabila dia dimainkan oleh Mahathir yang licik bermain politik. Mengambil kesempatan daripada kedudukan tersepit Nurul Izzah, Mahathir berlagak mulia dengan mengisytiharkan sokongan kepada Anwar sebagai calon PM Pakatan. Bagaimanapun, apabila pulang dari London, Mahathir menafikan memberi sokongan kepada Anwar. Jelas usaha Izzah adalah sia-sia.


Ramai yang tertanya tidakkah Anwar marah dengan langkah Azmin ini? Bukankah Azizah mewakili Anwar? Siapa yang bersama PKR sejak awal penubuhannya tahu hubungan istimewa antara Anwar dan Azmin. Mereka bercerita jika ada pertembungan antara Azmin dan pemimpin lain, Anwar pasti akan menyebelahi Azmin dalam apa keadaan sekalipun. Azmin adalah punca utama ramai pemimpin kecewa dengan sikap Anwar dan meninggalkan parti. Tanya Ezam Mohd Nor, Abdul Rahman Othman dan Chandra Muzaffar sebab mereka meninggalkan PKR. Saifuddin yang dulu merajuk lari ke Kelantan bersama PAS. Sekarang, dia membawa diri ke Pulau Pinang. Cuba tanya Wan Azizah dan Izzah sendiri berapa kali pendirian mereka diketepikan oleh Anwar yang sentiasa menyebelahi Azmin. Oleh itu tidak mustahil, usaha Azmin untuk menggantikan Wan Azizah akan disokong Anwar akhirnya.


Azmin sebenarnya sangat terdesak untuk menjadi Presiden PKR kerana ia akan menguatkan peluangnya diangkat menjadi calon PM Pakatan. Dia tahu Anwar tidak boleh menjadi calon kerana akan hanya layak bertanding seawalnya pada PRU 15. Jika pun Pakatan kalah di peringkat Persekutuan, sebagai calon PM Pakatan dia sekurang-kurangnya dapat meneruskan jawatan MB jika Pakatan memenangi Selangor semula.


Walaupun DAP, PAN dan puak pro Wan Azizah yang diketuai Saifuddin Nasution cuba membuat kacau, Azmin tidak menghiraukan ancaman mereka. Kartel Azmin yakin Istana Selangor akan menolak calon DAP dan PAN dan akan menyebelahinya. Tapi DAP kelihatan bersungguh untuk membuang Azmin daripada berkuasa di Selangor. Baru-baru ini, Pengerusi PAN Selangor, Izham Jaafar mencabar Azmin tubuhkan Pakatan Harapan di Selangor. Kemudian pemimpin DAP sengaja ‘tidak tunjuk muka’ pada Rumah Aidilfitri Selangor biarpun DYMM Sultan Selangor mencemar duli untuk berangkat ke majlis itu. Kemudian Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Pua menempelak Azmin secara terbuka atas kenyataan kontroversi kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor.


Jelas, perjalanan Azmin mengetuai Pakatan bukanlah tanpa ranjau JIka dia tersalah langkah, gelaran yang mungkin dibawanya pada penggal hadapan hanyalah mantan MB Selangor dan bekas calon PM Pakatan. Ketika itu mungkin dia menyesal berlagak sombong seperti sekarang.

Please follow and like us:

Comments

comments

The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest
The Malaysia Impact Article Contest
Your Information will never be shared with any third party.
The Malaysia Impact Article
Submission Contest