m
Popular Posts
Follow Us
HomeMalayAda apa dengan 1MDB?

Ada apa dengan 1MDB?

Memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad asyik benar membangkitkan persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), moleklah kiranya beliau hadir dan mengajukan sendiri soalan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) syarikat tersebut, Arul Kanda Kandasamy.

 

Kebetulan pula Arul Kanda ketika ini sedang melakukan siri jelajah bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan 1MDB.

 

Tidak salah kiranya Mahathir membuat kejutan dengan hadir ke program berkenaan, sama seperti ketika beliau membuat kejutan di Wacana Sinar minggu lalu, dan ketika dialog Nothing To Hide pada Jun 2015.

 

Jika itu berlaku bolehlah Mahathir ‘berdebat’ dengan Arul, tanyakan seberapa banyak soalan kepada bos 1MDB itu sampai puas hati. Kalau benar Mahathir seorang yang berani, dapatkan sendiri penjelasan daripada sumber utama supaya selepas ini Tun tak perlu lagi menggunakan ayat ‘saya dengar….’, atau ‘menurut laporan media sekian sekian’ untuk kritik 1MDB dan sasaran utamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  

 

Apa yang berlaku sekarang, rakyat mendapat ‘informasi’ daripada kedua-dua pihak. Di pihak kerajaan, dapat dilihat kenyataan lisan mahupun kenyataan media untuk menjawab dan menangkis dakwaan yang dilontarkan pembangkang, baik daripada pemimpin kerajaan mahupun daripada 1MDB sendiri.

 

Sementara Pakatan pula mengorek sehingga ke lubang cacing, termasuk menggunakan apa jua platform khususnya media asing bagi menimbulkan keraguan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

 

Pakatan mengaitkan Najib dalam isu ini memandangkan beliau adalah Menteri Kewangan, di mana 1MDB merupakan syarikat pelaburan strategik di bawah Kementerian Kewangan. Tapi jelas Arul Kanda, Najib yang pernah memegang jawatan pengerusi lembaga penasihat 1MDB hanya berperanan sebagai penasihat sahaja, dan tidak memiliki kuasa eksekutif.  

 

Kemudian, Pakatan memperbesarkan isu saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DoJ) terhadap 1MDB yang difailkan pada 2016. Bagaimanapun hampir dua tahun, masih tiada apa prosiding, pembelaan mahupun kehakiman dimulakan sehingga kini. Malah DoJ meminta mahkamah menangguhkan saman yang difailkan selama enam bulan.

 

“Saman sivil DoJ sudah hampir dua tahun. Tapi belum lagi ada perbicaraan, pembelaan dan keputusan… jadi, kenapa mahu spekulasi? Ia (prosiding) belum berjalan pun. Biar mahkamah buat keputusan apa yang didakwa DoJ itu.”

 

Benarkah RM42 bilion daripada wang 1MDB lesap? Itu adalah isu yang pembangkang kerap mengulangi tuduhan itu di setiap ceramah mereka.

 

Jawapan dari kerajaan:

 

RM42 bilion itu tidak hilang. Ia adalah hutang syarikat dan ia secara beransur-ansur dilunaskan menerusi penjualan beberapa aset dan ekuiti dalam Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

 

Secara objektifnya, dua perkara utama telahpun dilakukan dalam menangani isu 1MDB.  Pertama, menstabilkan kedudukan kewangan syarikat dan menurunkan hutang 1MDB secara drastik melalui Pelan Rasionalisasi 1MDB.

 

Kedua, semakan dan siasatan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan wang 1MDB lesap, dicuri dan diselewengkan adalah tidak benar sama sekali.

 

Difahamkan, prosiding PAC melibatkan pelbagai pihak termasuk Juruaudit Deloitte, KPMG, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melihat sendiri sama ada prosiding dilaksanakan secara telus atau tidak. Kesimpulannya, tiada bukti yang mengesahkan 1MDB melesapkan RM42 bilion wang rakyat.

 

Pastinya rakyat tidak buta daripada kesilapan yang telah dilakukan oleh 1MDB dan pastinya marah apabila syarikat berkaitan kerajaan tidak diurus dengan betul. Tetapi seperti  kata Arul Kanda: “Kesilapan membuat keputusan korporat (bad corporate decision) sememangnya ada tapi itu bukan satu jenayah.”

 

Melihat dari sudut pandangan rakyat biasa, penting sangatkah isu 1MDB sehingga membuatkan kita mengabaikan perkara lain? Bagaimana pula tentang hak kebajikan rakyat yang merangkumi isu kesihatan, keselamatan, pendidikan, kesaksamaan ekonomi dan pengangkutan?

 

Berapa banyak peruntukan yang kerajaan sekarang sediakan dalam bidang-bidang yang di sebutkan tadi? Peruntukan dalam bidang kesihatan dan pendidikan saja berjumlah RM 26.5 bilion dan RM 61.6 bilion masing-masing. Bandingkan dengan kerajaan yang dahulu. Kalian ‘google’ dan congak sendiri.   

 

Lagi satu, apakah 1MDB memberi kesan besar kepada negara? Ekonomi Malaysia meleset seperti tahun 1997? Hubungan dengan negara-negara luar terjejas? Malaysia bakal menuju negara bankrap? Kalaulah benar, mengapa Malaysia mendapat pujian antarabangsa, antaranya daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Bajet 2018 yang dibentangkan kerajaan juga mendapat pengiktiran positif agensi Fitch Ratings, membuktikan ia bajet yang telus dan bertanggungjawab.   

 

Ada apa dengan 1MDB ?

Jadi, ada apa dengan 1MDB? Daripada awal isu ini meletup sehingga ke hari ini, agak menghairankan juga kerana tiada satu bukti pun yang menunjukkan sesen duit yang hilang – hanya hutang yang akan dijelaskan secara berperingkat. Apakah rumusan dari perkara ini menunjukkan rakyat sebenarnya ditipu oleh Mahathir dan Pakatan?

 

Berbalik kepada soal kejutan yang disebutkan awal tadi, pasti ramai yang ternanti-nanti saat ini menjadi kenyataan. Berjuta rakyat turut berharap Mahathir mampu membuat kejutan hadir ke dialog 1MDB itu dan bertanya bagi pihak rakyat dari kacamata bekas seorang perdana menteri.

 

Kerana, apa yang berlaku selepas itu nanti akan diteliti rakyat yang kemudian menterjemahkannya ke dalam peti undi.

Comments

comments

Please follow and like us:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest
    %d bloggers like this:
    The Malaysia Impact Article Contest
    Your Information will never be shared with any third party.
    The Malaysia Impact Article
    Submission Contest